KIM RAE WON (Kim Lae Won)
Born: March 19, 1981
Height/Weight: 183 cm (6') / 67 kg (148 lbs)
Family: parents and younger sister
School: Joong Ang University
TV dramas: Cat (Kyung-min); My Love Patji (Hyun-sung); Beautiful Life (Jae-min); Half of You (Jung-sik)
Movies: 2424 (2002); Plum Blossom (2000)
Awards: Blue Dragon Best New Actor Award (2000)
Salah seorang aktor kegemaran aku dari negara Korea.Aset bagi aktor famous Korea nie aku rasa senyuman dier selain muka dier yang memang hensem.Aku rasa cam tak percaya jer bila tengok biodata,baru 22 tahun rupanya aktor nie.Dalam drama bersiri My Love Patzzi/Patji,Kim Rae Won memegang watak Hyun Sung.Seorang lelaki yang telah berjaya memikat hati Song Yi masa zaman sekolah lagi.Masa tue Song Yi berebut dengan Hee Won,lakonan Hong Eun Hee.Malangnya Hyun Sung memilih Hee Won.Karektor Hyun Sung berubah apabila dia disahkan menghidap penyakit jantung yang serius dan memerlukan pembedahan dengan segera.Dan dalam masa yang sama dia terpaksa menganggung segala perbelanjaan keluarganya yang tinggal di kampung.Hyun Sung yang berkerja sebagai penjinak atau pelatih singa laut telah bertemu semula dengan Song Yi yang juga telah mendapat pekerjaan sebagai badut di sebuah taman hiburan.Pada mulanya Hyun Sung tidak mengetahui itu adalah Song Yi,gadis yang pernah ditolak cintanya oleh dirinya sendiri.Apabila dia dapat tahu akan perihal Song Yi,lama kelamaan Hyun Sung telah jatuh cinta dengan Song Yi walaupun dia hanya meminati Song Yi dalam diam tanpa meluahkannya.Bagi Song Yi,Hyun Sung cuma seorang sahabat yang baik dan Song Yi selalu mengadu hal jika dia berhadapan dengan pelbagai masalah.Dapatkah Hyun Sung memikat Song Yi dan bersaing dengan Seung Joon?