Glitter
Tribute To Firdaus

HOME

Dayang Nurfaizah & Anuar Zain | Gang Jernel | Gambar Konsert Haruman Firdaus 3 | Citer Pasal Aku | Zaman Budak Ribena | Zaman Remaja | Aper Yang Aku Buat Sekarang | Galeri Aku | Memori Bersama Famili | Memori Bersama Kengkawan | Fakta Best Pasal Aku | Lawat Jernel Aku | Tribute To Mariah Carey | Tribute To Firdaus | Fav Links Aku | Contact Me | Gambar Raya 2001 | Sign Guestbook Aku

Sejarah Penubuhan


Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1995 di Pusat Matrikulasi, Universiti Utara Malaysia di mana pada waktu itu ia merupakan sub-unit bagi syukbah kesenian, Persatuan Pelajar Islam. PMUUM. Sehingga kini terdapat hampir 70 orang ahli kumpulan ini yang menyertai kumpulan ini sewaktu mereka berada di Pusat Matrikulasi di mana ia terbahagi kepada 6 generasi mengikut sesi kemasukan (batch). Walaubagaimanapun, hanya 6 orang sahaja dari kumpulan ini yang merakamkan album dan mereka mula mengikat kontrak rakaman pada bulan Ogos 1997 di bawah syarikat SRC. Kumpulan ini diilhamkan oleh ketua kumpulan iaitu, Mohd. Khairil Azrin Rafli. Walaubagaimanapun, pada ketika ini kumpulan ini hanya terdiri dari 4 orang anggota sahaja kerana 2 orang anggota yang lain telah menarik diri.

Bagaimana kumpulan ini mendapat tawaran merakamkan album
Kumpulan ini telah menghantar demo tape yang mengandungi dua lagu nyanyian mereka kepada pihak SRC. Mereka kemudiannya telah dipanggil untuk menjalani uji bakat di Kuala Lumpur oleh En. Adnan Abu Hassan dan beberapa orang wakil pihak pengurusan SRC. Mereka kemudiannya telah dimaklumkan beberapa bulan kemudian bahawa mereka telah berjaya dalam ujibakat itu.

Album pertama kumpulan ini

Kumpulan ini telah merakamkan album pertama mereka yang berjudul 'Keampunan' di bawah label SRC di mana penerbitnya ialah Ahmad Sharani Ismail. Proses rakaman bermula pada bulan November 1997 dan album ini berada di pasaran pada 9 Mac 1998. Antara lagu yang mendapat perhatian ialah 'Permata Ayah Bonda' ciptaan Adnan Abu Hassan. Album pertama ini berkonsepkan variasi di mana terdapat pelbagai bentuk irama yang cuba ditonjolkan seperti pop, ballad dan juga tekno. Liriknya pula mempunyai tema yang pelbagai tetapi ia bersifat mendidik. Kumpulan ini juga telah merakamkan sebuah lagu raya yang dimuatkan dalam album hari raya keluaran SRC.

Matlamat perjuangan dalam nasyid

Kumpulan ini berhasrat untuk berdakwah kepada masyarakat serta diri sendiri menerusi lagu dan lirik yang disampaikan. Kumpulan ini juga berharap dapat menghasilkan album yang beridentiti tinggi dan memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat. Mereka juga berhasrat untuk menjadi contoh pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sekalipun sibuk dan aktif dalam bidang lain yang berbentuk non-akademik.



Album kedua

Album kedua telah siap sepenuhnya pada bulan Julai 2000. Album kedua kumpulan ini diterbitkan oleh Pak Ngah (Suhaimi Mohd. Zain) dan Eddie Marzuki. Album yang berjudul Fisabilillah ini telah memasuki pasaran pada 16 Oktober 2000. Kumpulan ini dijangka memulakan sesi rakaman album ketiga pada bulan Ogos 2001.


Nama: Mohammad Ismandi Wasli (Is)
Umur: 22 tahun
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 09/04/1978
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia (BHRM)
E-mail: eezzs@firdaus.cjb.net
Fakta menarik: Vokalis utama Firdaus dan merupakan anggota termuda dalam kumpulan ini. Telah mula bergiat di dalam bidang seni semenjak waktu sekolah lagi.





Nama: Mohd. Tarmidi Mahli (Midi)
Umur: 24 tahun
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 15/05/1976
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (BIT)
E-mail: midi@firdaus.cjb.net
Homepage: http://www.aisig.uum.edu.my/midi
Fakta menarik: Bekerja sebagai tutor di UUM dan akan menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana di UKM. Anggota paling tua dan ceria dalam kumpulan.





Nama: Mohd. Rasul Mohammad Noor (Rasul)
Umur: 23 tahun
Asal: Asahan, Melaka
Tarikh Lahir: 22/08/1977
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (BHRM)
E-mail: rasul@firdaus.cjb.net
Fakta menarik: Mempunyai reputasi akademik yang baik. Tukang peringat anggota lain tentang pelbagai perkara.






Nama: Mohd. Idzwan Yacob (Idzwan)
Umur: 23 tahun
Asal: Batu Pahat, Johor
Tarikh Lahir: 01/08/1977
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (BIT)
E-mail: idzwan@firdaus.cjb.net
Homepage: http://idzwan.cjb.net
Fakta menarik: Anak tunggal dalam keluarga dan merupakan webmaster laman web Firdaus

PERMATA AYAH BONDA
(Adnan Abu Hassan / Ito Lara)


Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda.




raya2001.jpg

Dari kiri,Cik Midi,Cik Rasul,Cik Eezzs dan Cik Idzwan.

Terima Kasih kepada www.firdaus.cjb.net